Tidak Mahu Digelar 'Munafik', Azizan Arah PKNK Jual Kembali Saham FGVH


Ulasan Penulis: Sudah beli kenapa perlu dijual semula. Adakah atas desakan Dap dan Pkr Menteri Besar Kedah terpaksa menjual semula saham tersebut. 

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham FGVH bagi menunjukkan pendirian negeri ini yang selari dengan pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pembelian sahamFGVH sebanyak 500,000 unit yang dilakukan PKNK tidak dimaklumkan kepada pihaknyaterlebih dahulu dan ia merupakan kesalahan teknikal yang biasa.

"PKNK ada bajet khas untuk pembelian saham sebab kerajaan selalu keluar saham dan diberi keutamaan melalui Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

"Memang semua saham keluar diberi tawaran kepada kita dan kita beli, tapi isu ini sensitif sikit dan kita akan jual balik (saham FGVH)... jangan pihak lain kata kita tak bersama pakatan rakyat sebab ini masalah teknikal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, Rabu.

Sebelum ini, Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim dilapor mengesahkan perbadanan itu membeli 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Miti yang ditawarkan kepada Bumiputera.

Sementara itu, Azizan berkata, kerajaan negeri Kedah meminta penjelasan berhubung kedudukan tanah-tanah Felda Plantation yang didakwa dimasukkan ke dalam prospektus Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Beliau berkata, sehubunagn itu kerajaan negeri ingin tahu sama ada tindakan itu dibenarkan di sisi undang-undang. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. hahahaahah..kerna politik sonsang(tak ikut logik akal) sanggup kerugian!!mb azizan sanggup jual saham mewah yg menguntungkan kerajaan negeri,rakyat dan negara utk jangka panjang!!!

    klu taknak...jual syer open kpd rakyat negeri kedah..lelong..lelong!

    jgn pula jual lumsum kpd tokey cina dahlah!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. rugi..rugi...MB paling tak bijak yg pernah dimiliki Pas. Sepatutnya usah peduli dgn apa yg org akan kata..untung pun sendiri masyuk...

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.