"Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu
terdapat satu alam yang besar", petikan dari Saidina Ali Abi Talib.
Potensi
adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Potensi
boleh dibayangkan dan boleh diserlahkan kewujudannya dengan bertindak sesuatu
terhadap puncanya. Sebiji benih berpotensi tumbuh, hidup dan membesar
menghasilkan akar, batang dan ranting, daun, bunga dan buah-buah yang
banyak.
Bagaimanapun untuk hidup biji benih perlu disemai terlebih
dahulu. Sebiji telur berpotensi menjadi seekor burung, ayam, itik atau
seekor buaya sekiranya telur
itu diramkan. Kalau dibiarkan ia akan menjadi telur busuk.
Untuk
hidup dan meneruskan kehidupan kita semua telah dibekalkan oleh Allah
s.w.t maha pencipta dengan pelbagai potensi dalaman diri dan seluruh
potensi sumber
alam untuk digunakan selagi hayat dikandung badan.
Langkah
pertama untuk membolehkan kita menggunakannya ialah dengan terlebih
dahulu mengenali potensi diri yang dimiliki atau mengenal diri sendiri.
Tak kenal maka tak cinta.
Untuk menyintai diri, anda semestinya
dapat menyedari minat, bakat, kemahiran, kebolehan, kebaikan sifat
perangai serta lain-lain kekuatan. Disamping kelebihan diri, anda juga
sedar bahawa setiap individu ada kelemahan dan kekurangan.
Kelemahan
dan kekurangan juga adalah potensi diri yang perlu dikenali untuk
membolehkan anda bertindak memperbaikinya. Bagaimanapun anda lebih
memberi tumpuan kepada bagaimana cara menggunakan dan memperkembangkan
kelebihan atau keistimewaan diri disamping berusaha memperbaiki atau mengatasi kekurangan diri yang ada.
Untuk itu cuba anda senaraikan:
1.
Minat anda
Apa yang anda suka lakukan pada masa lapang. Apakah faedah
yang anda perolehi dari segi keseronokan, kesihatan diri, ketenangan
atau pendapatan tambahan daripadanya. Apakah faedah yang boleh diperolehi oleh orang lain daripada minat anda itu ?
2.
Kemahiran anda
Apakah bakat yang anda rasa, anda miliki. Apakah yang
anda lakukan untuk membuktikan, menyerlahkan atau mempertingkatkan bakat
atau kemahiran yang anda miliki itu dan bagaimana ia boleh
menafaatkan diri anda dan orang lain. Apakah yang anda lakukan dengan
bakat atau kemahiran dalam melukis, menulis, menyanyi, bermain komputer,
memperbaiki motorsikal atau seumpamanya. Berpuas hatikah anda
dengan bakat dan kemahiran yang anda miliki sekarang. Tidakkah terfikir untuk mendalaminya, seterusnya menjadikannya sebagai satu bidang
kerjaya anda. Dimanakah pusat-pusat pengajian yang menawarkan
kursus-kursus lanjutan berkaitan dengannya. Siapakah yang mungkin
memerlukan kemahiran anda itu.
3. Kebolehan anda
Selain daripada
kemahiran melakukan sesuatu kerja yang boleh memberi faedah pada diri
dan orang lain, cuba senaraikan kebolehan-kebolehan lain yang anda
miliki. Misalnya anda boleh berkomunikasi dan mudah bergaul
dengan orang lain. Anda mempunyai sikap positif terhadap diri, ada
inisiatif dan rajin berusaha, berdisiplin dan berkeyakinan. Kebolehan-kebolehan ini penting dalam pergaulan seharian apatah lagi
sekiranya anda ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
4.
Kelemahan anda
Setiap orang ada kebolehan dan kekurangan dalam hal-hal
yang tertentu. Bagaimana pun anda tidak menjadikan apa yang anda tidak
boleh buat menghalang anda dari melakukan apa yang anda boleh
lakukan. Anda perlu menilai diri dan menyedari kelemahan-kelemahan diri
anda. Ini penting untuk membolehkan anda mencari jalan memperbaiki atau mengubahnya.
Mungkin ini dapat membantu anda mengenali potensi dan kebolehan diri anda. Selamat mencuba!
Home / Info /
Isu Semasa
/ Dunia Belum Berakhir, Kenali Potensi Diri Anda, Nak Jadi Apa Selepas Ini?
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.