Faisal ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru, dia mahu bersama Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa.
Tidak cukup dengan itu, Husam juga telah menghantar ‘orangnya’ di Hospital Kota Bharu untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar sakit.
“Sebelum ini penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal,” kata Faisal.
“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah ketika itu. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad dan hari ini Mahkamah telah buat keputusannya. Pada 23 Oktober lalu harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah,” tambah Faisal.
Mohd Faisal sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Harakahdaily dan Sinar Harian.
Pada Disember 2011, Husam mengemukakan saman terhadap Mohd Faisal yang didakwa menulis artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”
Dalam saman itu Husam menuntut Mohd Faisal memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama serta membayar ganti rugi sebanyak RM500,000.
SUMBER
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.