'Khalifah Umar Abd Aziz' Pulau Pinang Tolak Hudud PAS
'DAP tidak hina hudud', 'adat lah tu, DAP tu kafir'.
Itulah ayat yang terpancul dari mulut penyokong PAS apabila Lim Guan Eng secara konsistenya menegaskan bahawa pendirian DAP tidak pernah berubah walau seinci pun dalam menerima agenda Hudud yang di bawa oleh PAS.
Jika kita masih ingat, Karpal Singh secara angkuh di dalam Parlimen pernah membuat ketatapan, jika PAS ingin melaksanakan Hudud, sila langkah mayatnya terlebih dahulu. Tapi sampai sekarang setelah Karpal berkerusi roda, PAS masih tidak mampu berbuat apa-apa.
Sudah terang lagikan bersuluh, kenapa PAS masih lagi tidak dapat memahami dengan jelas akan kenyataan 'menolak hudud' yang dibuat oleh beberapa pemimpin utama dari DAP. Adakah kerana hasrat ingin menawan Putrajaya dan dendam kesumat terhadap UMNO, membuatkan PAS sanggup melakukan apa sahaja seperti seorang 'bohsia'.
Dalam kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng baru-baru ini, menegaskan bahawa DAP dan PAS berkongsi pendirian yang sama hanya untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, itu sahaja. Ini bermakna DAP memang tidak pernah bersetuju dengan agenda Hudud yang dibawa oleh PAS.
Seperti yang kita semua sudah tahu, untuk meluluskan satu rang ndang-undang, ia memerlukan sokongan mejoriti 2/3 ahli Dewan negara. Bagaimana mungkin PAS dapat melaksanakan angenda hududnya jika kekurangan sokongan dan tidak disokong oleh rakan sendiri dalam Pakatan Pembangkang.
Apa yang jelas sekali, dasar bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga pemimpin utama parti komponen Pakatan Pembangkang yang terkandung dalam 'al-Kitab' Jingga PR, telah membuktikan kepada kita semua bahawa tiada agenda Hudud PAS akan terlaksana sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya.
Perjanjian sudah ditandatangani dan tiada apa lagi yang boleh diharap oleh PAS dan ahlinya yang ingin melihat sebuah negera Islam berdiri tegak di negara ini melainkan hanya menjadi pak turut, tukang pasang bendera dan yang lebih hina sekali ialah PAS menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR selagi parti islam itu terus berada dalam gabungan Pakatan Pembangkang.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.