Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus & sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman baru-baru ini.
Ini kerana lelaki bertubuh gemuk dikatakan kurang melakukan hubungan seks yang berisiko. Berbanding lelaki yang bertubuh normal dikatakan lebih tinggi kecenderungannya untuk berlaku curang dengan pasangan dan terlibat dengan seks bebas.
Lelaki gemuk juga bukan sahaja setia, malah jarang mengunjungi pusat hiburan termasuk pusat pelacuran atau berfantasi seks.
Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31 hingga 69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual.
Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang.
Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka.
Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.
Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius & bersedia memberi komitmen.
Ulasan penulis: Harap tak ada yang terasa apabila membaca artikel ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.