Tanda Putera, Filem Wajib Tonton Untuk Semua Golongan Masyarakat

Ulasan penulis: Walau belum pernah menontonya lagi, tapi penulis dapat rasakan ianya sebuah filem sejarah negara yang terhebat pernah dihasilkan pada abad ini.

InsyAllah, jika bekesempatan penulis akan berkunjung ke pawagam berdekatan untuk menyaksikan cerita hebat garapan anak tempatan ini.

Kalau anda semua nak tahu apa yang berlaku di sebalik peristiwa 13 Mei 1969, saksikanya di pawagam yang berhampiran. Sudah tiba masanya generasi muda hari ini mempelajari, mengetahui tentang sejarah negara sendiri.

 
TANDA PUTERA mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga!

Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara.

Tun Razak juga yakin Tun Dr Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi pemergian Tun Dr Ismail yang tidak disangka-sangka kerana serangan sakit jantung merupakan satu kejutan besar buat Tun Razak dan hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Beliau mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara walau pun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis Tertinggi Negara!

Tun Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam.

Mereka membunuh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak dengan kejam! Ditembak dari jarak dekat.

Cubaan membunuh DSP Kulasingam gagal. Beliau terselamat walau pun ditembak 18 das....! IGP baru, Hanif Omar, berjanji tidak akan berhenti mencari mereka yang bertanggung jawab sehingga tertangkap.

Polisi Tun Razak mula berkesan dan membawa rakyat miskin keluar daripada perangkap kemiskinan tegar. Beliau menjadi simbol harapan dan menanam semangat baru dalam diri ramai anak anak muda.

Tun Razak cuba melawan penyakitnya, dan didorong keinginan untuk pulang ke tanahair! Walaupun doktor tidak membenarkannya.

Namun perjuangannya berakhir di sebuah klinik di London apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir, tanpa disedari rakyat Malaysia yang dikasihinya.

Kepada mereka yang berpeluang menghadiri Pra Tonton Filem TANDA PUTERA pada 18 Julai yang lalu, hampir keseluruhan mereka memberikan komen yang serupa “...generasi muda melayu akan lebih faham perjuangan tokoh pemimpin pemimpin yang terdahulu dan akan mengenali wajah sebenar dan hati budi jahat pemimpin DAP yang terbukti Chauvanist…!!

Dalam filem ini penonton akan mendapat peluang keemasan mengenali lebih dekat karektor Tun Dr Ismail. Seorang pemimpin yang sangat tegas dan berani. Kebijaksanaan beliau banyak membantu Tun Razak menangani cara membendung keganasan pihak Komunis yang terlalu menggila membuat hura hara mengkucar-kacirkan keamanan negara.


Sumber: Medan Info Kita
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. ehmmm bodohlah kalau orang muda tak nak pergi tgk, mereka ini fikir mereka dah senang lenang petik jari semua dapat, tapi mereka tak tahu betapa perit dan bermandian darah nak mencapai apa yang kita nikmati sekarang.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.