PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli melahirkan rasa terkejut
kerana tidak diberikan sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV
(siaran TV9) yang mahu menyingkirkannya sebagai pengacara rancangan
tersebut.
Kamal, 26, berkata, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung
semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 23 Jun lalu tanpa
sebarang notis awal.
"Kecewa juga apabila kontrak tidak disambung kerana saya memang selesa dan gembira mengendalikan program berkenaan.
"Penamatan kontrak hanya diberitahu pada episod terakhir program
tersebut dan pihak penerbit juga tidak memberi sebarang penjelasan
tentang penyingkiran saya," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Kamal berkata, dia enggan memperbesarkan
hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi
mengendalikan rancangan hiburan itu.
Malah katanya, sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama
pelakon Miera Leyana dia menimba pelbagai pengalaman berharga sebagai
pengacara.
"Mungkin ini dikatakan bukan rezeki dan saya berterima kasih kerana
diberi peluang dan kepercayaan selama setahun ini untuk mengacarakan
program tersebut," jelasnya.
Tambah Kamal, dia akan terus mencuba nasib dalam bidang pengacaraan
dan semangatnya tidak akan terhenti hanya kerana kontraknya tidak
disambung pihak saluran televisyen.
"Mungkin selepas ini saya akan mendapat tawaran untuk mengacarakan
program lain pula selain dapat memberikan fokus kepada bidang lakonan,"
katanya.
Sementara itu, penerbit bersama Hip TV iaitu Engku Azmin Engku Zaini
berkata, penyingkiran Kamal bukan kerana pelakon itu mempunyai masalah
disiplin atau pun persembahannya tidak memuaskan tetapi pihak pengurusan
ingin memberi kelainan kepada rancangan itu.
Jelas Engku Azmin, pertukaran pengacara adalah perkara biasa dan
pihaknya gembira dengan pencapaian Kamal sepanjang mengendalikan program
itu.
"Dia bukan tidak bagus atau mempunyai masalah disiplin tetapi ia
adalah keputusan pihak pengurusan yang ingin memberikan pembaharuan
kepada program itu," jelasnya.
Tambah Engku Azmin, pihak TV9 juga mungkin sedang merancang untuk
menggunakan khidmat Kamal bagi program lain yang sesuai dengan
personalitinya yang bersahaja dan lasak.
"Pada pandangan saya, Kamal seorang pengacara yang sesuai untuk
program yang lebih lasak dan maskulin kerana kelebihannya ada di situ.
"Insya-Allah mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu yang lebih sesuai untuknya," kata beliau.
Hip TV yang bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9.30 malam kini menampilkan Aidit Marcello dan Hunny Madu sebagai pengacara.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.