KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melakukan pindaan terhadap
Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan berlakunya'salah
tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak kepada Islam.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Perlembagaan Persekutuan versi
bahasa Inggeris tidak memberi tafsiran jelas mengenai maksud 'ibu bapa'
yang menjadi syarat membolehkan penukaran kanak-kanak berumur 18 tahun
ke bawah.
"Maksud ibu bapa dalam Perkara 12(4) mestilah secara tatabahasanya bermaksud kedua-dua ibu dan bapa sekiranya masih hidup.
"Salah tafsir terhadap perkataan 'ibu bapa' boleh membawa kepada
penyalahgunaan dalam kes penukaran agama kepada Islam," katanya pada
sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.
Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu menyatakan
agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu
atau bapanya atau penjaganya.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mempertikaikan maksud
'parent' dalam Perlembagaan Persekutusan versi bahasa Inggeris yang
bermaksud 'ibu bapa' dan bukannya ibu atau bapa.
Pertikaian berhubung isu berkenaan timbul berikutan kenyataan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penggubalan
peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah Persekutuan) 2013 berhubung persetujuan salah seorang ibu bapa
memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam
dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu Muhyiddin berkata, penggubalan RUU itu juga dibuat
berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes pertikaian
kanak-kanak 'diislamkan' tanpa persetujuan kedua-dua waris.
mStar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.