Dalam sudut bahasa, hak bermaksud benar, kebenaran, kuasa atas sesuatu
atau untuk berbuat sesuatu. Ia di tentukan oleh undang-undang, agama,
adat istiadat dan lain-lain.
Persoalan hak bukan saja menyentuh hak peribadi, hak asasi, kebebasan untuk menuntut hak atau hak untuk melakukan apa saja.
Persoalan hak bukan saja menyentuh hak peribadi, hak asasi, kebebasan untuk menuntut hak atau hak untuk melakukan apa saja.
Malah persoalan hak turut menjadi perkara besar yang perlu
dipelajari, difahami dan dilaksanakan dalam apa juga bidang membabitkan
hubungan sesama manusia, antara rakyat dan pemerintah, bahkan antara
suami dan isteri.
Firman Allah yang bermaksud: “Wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi suami mempunyai satu ting katan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 228)
Firman Allah yang bermaksud: “Wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi suami mempunyai satu ting katan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 228)
Isteri, suami perlu tahu hak masing-masing
Dalam kehidupan seharian, isteri perlu tahu akan hak yang sepatutnya diperoleh daripada suaminya, manakala suami mesti memahami hak dan tuntutan yang se patutnya ditunaikan mereka. Inilah apa yang dikatakan keadilan dan kerukunan rumah tangga yang dikongsi hak masing-masing.
Namun begitu, masih ramai isteri yang kabur dan tidak tahu apa-apa berkaitan hak mereka terhadap suami kerana kurang pendedahan.
Agama menetapkan suami bertanggungjawab menye diakan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya.
Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya.
Firman Allah SWT bermaksud: “Tempatkanlah mereka (isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut ke mampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri- isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil maka be rikanlah kepada mereka nafkah hingga mereka bersalin.” (Surah at-Talaq, ayat 6)
Tak boleh minta di luar kemampuan suami
Di dalam keadaan dan suasana yang tertentu, isteri tidak boleh meminta sesuatu di luar kemampuan sua minya. Bagaimanapun, sekiranya suami mampu mem berikannya lebih daripada yang sepatutnya, isteri di benarkan menuntut hak dan bahagian yang lebih itu.
Ramai daripada kalangan suami tersalah mentafsirkan mengenai nafkah batin yang dianggap sebagai keperluan seks semata-mata. Suami lupa bahawa seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin.
Ada suami leka dan lupa bahawa nafkah batin dalam agama ialah ‘sejambak jiwa yang dikongsi’ untuk di hadiahkan kepada isteri bagi tujuan menghiburkan, menggembirakan, merasai kasih-sayang, menerima per hatian, merasai sentuhan jiwa dan berasa kerinduan.
Semua itu adalah hak isteri yang perlu diperoleh daripada suami. Suami juga mesti sedia mendengar luahan isteri termasuk berkongsi masalah, berbual dan bermesra, disamping memberi didikan agama yang sempurna.
Isteri berhak menerima bimbingan dan tunjuk ajar daripada suami, sama ada dari sudut pendidikan agama, pergaulan dalam keluarga dan sesama jiran tetangga, cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya.
Dalam pada itu, menyentuh soal harta, ada isteri tidak faham mengenai haknya dalam harta sepencarian. Harta sepencarian ialah harta benda yang diperoleh daripada usaha suami isteri. Aset yang diperoleh suami isteri dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama mereka. Harta ini adalah hasil perkongsian hidup dan sinonim dengan sebutan harta sepencarian.
Harta sepencarian tidak membabitkan aset isteri yang diperoleh dari usaha tunggalnya sendiri atau harta pusaka yang diwarisinya.
Harta sepencarian ditafsirkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan sebagai “harta yang diperoleh bersama suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh Hukum Syarak ( Akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 : 303)
Biasanya soal tuntutan harta sepencarian ini tidak akan timbul melainkan apabila berlaku kes perceraian atau kes poligami. Suami kadangkala lebih cerdik dalam soal ini dengan membiarkan isteri atau bekas isterinya reda membiarkan suaminya memonopoli keseluruhan harta sepencarian.
Selain daripada harta sepencarian, mahar juga hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil suami sesuka hati. Seorang suami dianggap berhutang selagi mahar tidak dilunas kepada isterinya. Pendirian untuk tidak mahu menyerahkan mahar adalah penghinaan terhadap hak isteri.
Biasanya suami menganggap bahawa mahar itu tidak perlu lagi diberikan kepada isterinya kerana sudah men jadi satu keluarga. Suami beranggapan bahawa tidak ada lagi perhitungan hutang piutang bagi mereka yang mem punyai ikatan sebagai suami isteri.
Dalam keadaan seperti ini isteri wajib menuntut haknya dengan menasihat dan mengingatkan suaminya agar melunaskan mahar kerana itu adalah haknya yang di tuntut agama.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.