KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah akhirnya menyerahkan soal
jodoh dengan mana-mana lelaki pilihan kepada keluarga tanpa perlu untuk
dia mempunyai hubungan cinta terlebih dahulu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, dia
telah meminta ibunya, Fauziah Sarman untuk memilih mana-mana lelaki
pilihan keluarga sekiranya ada yang sesuai untuk dijadikan suami.
"Memang saya meminta ibu carikan jodoh jika ada yang sesuai kerana pilihan mereka pastinya adalah yang terbaik.
"Bagaimanapun, andai kata saya bertemu dengan lelaki pilihan sendiri,
saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu
membimbing saya ke arah kebaikan," katanya.
Shila ditemui pada majlis pra dengar album terbaharunya berjudul Shila Amzah, di Red Box, Pavillion, di sini, Jumaat.
Ia merupakan album pertama terbitan syarikatnya sendiri iaitu Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).
Tambah Shila bagaimanapun buat masa ini di mahu fokus kepada
kerjayanya kerana masih lagi serik untuk menjalinkan hubungan cinta
dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Shila berkata, selepas kejadian kontroversi cintanya
dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dilalui beberapa bulan lalu, dia
kini lantang bersuara dan mengambil sikap lebih terbuka dalam
melemparkan pandangan.
"Dahulu saya selalu berhati-hati dalam setiap kenyataan yang diberi
mahupun kelakuan. Tapi saya dah penat sebab orang tetap kritik saya.
"Walaupun memohon maaf atas sesuatu kejadian, saya tetap dilemparkan
dengan pandangan buruk dan akhir sekali saya yang sakit hati.
"Jadi lebih baik saya bersikap pentingkan diri dan lebih tegas jika
ada yang cuba melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada saya,"
ujarnya.
Sementara itu, album terbaharunya memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri.
Menarik tentang lima lagu tersebut, ia mengisahkan pengalaman cinta
yang pernah dilaluinya sebelum ini."Saya juga lebih terbuka dalam
meluahkan isi hati saya kepada umum dengan cara menghasilkan lagi.
"Saya percaya lagu-lagu ini akan menjadi kenangan dan pengalaman
hidup buat saya selama-lamanya dan juga buat orang yang mempunyai kisah
yang lebih kurang sama dengan saya," katanya.
Selain Fauziah, turut hadir pada majlis pra dengar tersebut ialah
ayah Shila iaitu ND Lala dan rakan kongsi syarikat berkenaan Ong Peng
Chu.
mStar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.