MELAKA: Ketua Menteri Datuk Idris Haron meminta
pihak-pihak berkenaan supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang
bercanggah berhubung kawasan pelancongan Jonker Walk.
Beliau berkata beliau berasa amat kesal kerana kenyataannya diputar
belit seolah-olah beliau menafikan hak berniaga kepada peniaga yang
menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.
"Cadangan saya supaya jalan di Jonker Walk dibuka ialah untuk dinilai
keadaan kesesakan lalu lintas di situ bagi tempoh empat minggu. Bila
saya kata buka jalan, mereka menyalah erti kenyataan saya bahawa saya
ingin menutup peluang perniagaan di kawasan tersebut.
"Kerajaan negeri mempunyai niat baik terhadap peniaga di situ. Jangan
burukkan niat baik kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan
Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka (Mapen) di Bangunan Yayasan
Melaka di Ayer Keroh di sini Sabtu.
Jalan Hang Jebat itu dibuka bagi kenderaan di sepanjang pasar malam
Jonker Walk mulai 28 Jun lepas ialah bagi mengurangkan kesesakan lalu
lintas terutama di kawasan bandar pada hujung minggu seperti yang sering
menjadi rungutan pelancong dan rakyat tempatan.
Namun sesetengah pihak memutar belit langkah itu dan turut mengaitkannya sebagai bermotifkan politik.
Idris berkata empat jalan sisi di Jalan Hang Jebat turut dirancang untuk ditempatkan peniaga terlibat. -BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.