BESUT: Golongan guru disaran supaya memberi
sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan
Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi
melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan
kebajikan mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini
sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan
kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada
kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk
Kampung Kemunting dekat Kuala Besut pada Sabtu.
Sementara itu beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil
Kuala Besut berkata BN telah menetapkan slogan 'Kuala Besut Bertambah
Biru' dengan menyasarkan peningkatan majoriti dari 2,434 undi kepada
lebih 4,000 undi.
Tumpuan akan diberikan untuk mendampingi rakyat dari rumah ke rumah, katanya.
Idris mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar menyedari bahawa pembangkang tidak mampu membawa kemakmuran kepada mereka. -BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.