Siapa pandai baca doa sekarang ni..memang boleh buat duit |
KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat
semakin berleluasa pada masa ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu juga
diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya
terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.
"Kami akan bincang dulu dengan Jakim supaya kita boleh kawal air jampi
yang menggunakan iklan yang boleh mengelirukan pengguna sekaligus menipu
mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku
1Malaysia (BB1M) kepada 8,531 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP)
di sini, semalam.
Beliau berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air
jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah
ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.
"Kami telah keluarkan peraturan bahawa tidak boleh mengeluarkan iklan
yang mengelirukan semata-mata untuk menarik pengguna membeli sesuatu
produk dan garis panduan itu hendaklah dipatuhi oleh mereka," katanya.
Beliau berkata kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan kerana cuba menipu orang ramai.
Ismail Sabri berkata tindakan juga boleh dikenakan terhadap mereka yang
mengeluarkan testimoni tidak tepat setelah menggunakan sesuatu produk
kerana ia mengundang kekeliruan orang ramai terhadap produk itu.
"Testimoni pengguna kena tepat iaitu mereka mesti buktikan sesuatu
produk yang diambil itu berkesan atau tidak ke atas mereka, sekiranya
didapati testimoni tidak tepat, dia boleh diambil tindakan kerana
menipu," katanya.
Sementara itu, beliau mengingatkan para penuntut supaya tidak menyalah
guna BB1M dengan menukarkannya dalam bentuk wang tunai dengan pihak
ketiga.
Tindakan itu boleh membantut hasrat kerajaan yang mahu meringankan
bebanan penuntut ketika membeli bahan bacaan yang diperlukan untuk
pembelajaran, katanya sambil menggalakkan mahasiswa membeli buku di
koperasi universiti masing-masing. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.