Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia
telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubung
artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu
antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai
memfitnah beliau.
Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan. Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas
melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia
merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara.
Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara
menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat
adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.
Sikap ‘tidak serupa bikin’ pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu
kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem
kehakiman negara. Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat
untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil
dan tidak telus.
Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah
berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri. Mana tidaknya, jika
pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah.
Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih
buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi
peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu
pihak pembangkang. Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong
pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau
boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya.
Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC
yang didakwanya sebagai berniat jahat. Sedangkan Utusan hanya bertindak
sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa
mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh
mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk
mengesahkan laporan mereka. Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT
Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.
Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah
juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia. Keyakinan
ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah
kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu.
Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah
termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah
memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.
Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih
masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan
sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes
jenayah. Antaranya:
1. Kes saman fitnah RM10 juta
oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap
seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman
tersebut ditarik balik.
2. Kes Bunuh seorang pemuda
dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan
Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk
Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang
pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri.
Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd
Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad
Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).
Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin
atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli
Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan
Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22
Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.
3. Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011 melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya. Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah.
Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT. Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita.
Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.
Sumber: Gerakan Timur

Sebutan dibuat atau perbicaraan diadakan pada 15 mac, sebelum PRU? Taktik nak memenangkan PR sebelum PRU demi membersihkan nama Nurul? Utusan disabotaj sebelum PRU? Elok utusan buat permohonan rasmi untuk tukar hakim ni atau sekurang2 tangguh perbicaraan hingga selepas PRU..... Celaka punya talibarut PR, tak habis2 nak sabotaj kjaan.
BalasPadamKami setuju dengan pandagan tuan. Memang wajar hakim VT Singham ni digugurkan..
Padamhari ini dalam kes kugan dia menang lagi..betul ker hakim VT singham ini belum kahwin admin
BalasPadam