Industri hiburan di Malaysia ni tak ada lah besar mana pun, jadi tak perlu sampai tergamak menabur pasir ke dalam peruk nasi orang lain dengan membuat fitnah yang boleh mengaibkan orang lain jika didapti fitnah tersebut tidak benar.
Hanya ada satu cara sahaja untuk Mohd 'Mentor"ini membersihkan namanya iaitu dengan menyaman si tukang fitnah dan juga media-media hiburan atau gosip artis yang menolong mengembangbiak fitnah tersebut.
Harap tak ada yang salah faham, gambar di atas tu bukan kekasih Mohd ok! Punulis kutip gambar tersebut dicarian Google Search. Mohon maaf kalau ada yang tersinggung.
Ain Ali | Jering Daily.com
Harap tak ada yang salah faham, gambar di atas tu bukan kekasih Mohd ok! Punulis kutip gambar tersebut dicarian Google Search. Mohon maaf kalau ada yang tersinggung.
Ain Ali | Jering Daily.com
PETALING JAYA: Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd
terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas
selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol.
Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata,
Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan
protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut
merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.
“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja
terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya
dibatalkan.
“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti
televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012
mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di
bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi
berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013
di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.
Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd
perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar
serta laman-laman portal Internet.
“Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis
beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil
tindakan lanjut bagi membersihkan namanya.
Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.
“Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar
semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah
beliau.
“Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi
selepas segala-galanya selesai,” jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi
berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini
disiarkan.
Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.