PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka meriah
apabila menyaksikan tujuh negeri yang dijangka 'panas' mencatatkan
bilangan tertinggi peningkatan pengundi baru.
Jumlah pengundi di Selangor, Johor, Perak, Sabah, Sarawak, Kelantan
dan Kedah masing-masing meningkat sekurang-kurangnya seramai 150,000
pengundi.
Kesemua mereka mendaftar sebagai pengundi selepas pilihan raya umum 2008.
Daripada tujuh negeri berkenaan, Selangor mencatatkan peningkatan
terbesar bilangan pengundi baru iaitu sebanyak 29.06 peratus iaitu
daripada 1,565,494 pada tahun 2008 kepada 2,020,500 pada suku ketiga
tahun lalu.
Mereka adalah sebahagian daripada lebih 2.4 juta pengundi baru di
seluruh negara yang berdaftar sejak pilihan raya umum lalu yang
disifatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof sebagai 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.
"Kadar peningkatan jumlah pengundi tidak pernah setinggi ini, bermakna usaha kami untuk meningkatkan pengundi berjaya," katanya.
Abdul Aziz berkata bilangan pengundi bagi pilihan raya akan datang
kemungkinan besar akan mencatatkan kira-kira sebanyak 13.3 juta.
Tambah beliau jumlah itu akan menjadi lebih tinggi jika pengundian
diadakan penghujung Jun depan apabila kumpulan yang mendaftar pada suku
pertama tahun ini juga akan dimasukkan ke dalam daftar pemilih.
"Kami sedang memuktamadkan daftar pemilih bagi suku keempat 2012 yang
akan diwartakan bulan ini. Ia mengandungi senarai pemohon yang
mendaftar sebagai pemilih sehingga 31 Disember tahun lepas.
"Mereka yang mendaftar sebagai pengundi baru antara 1 Januari dan 31
Mac hanya akan dapat membuang undi mereka pada pilihan raya umum akan
datang jika pengundian diadakan selepas daftar pemilih yang seterusnya
dikemaskini pada Mei," katanya.
Abdul Aziz menjangkakan peratusan jumlah keluar mengundi akan
mencatat antara 70 peratus dan 75 peratus iaitu sama seperti pada
pilihan raya umum lalu.
Jumlah pengundi seramai 10.9 juta sewaktu pilihan raya umum 2008
meningkat perlahan-lahan kepada 11.1 juta pada 2010 sebelum ia meningkat
mendadak pada kira-kira 700,000 setiap tahun.
Peningkatan mendadak itu berikutan keputusan SPR membenarkan parti-parti politik bertindak mendaftarkan pengundi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata:
"Peningkatan yang besar adalah satu perkembangan positif bagi Malaysia
kerana ia menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat bahawa mengundi
adalah tanggungjawab yang penting kepada semua warganegara yang layak."
Wan Ahmad turut mengakui bahawa perlantikan wakil-wakil parti politik
sebagai penolong pendaftar pengundi membantu meningkatkan jumlah
pengundi - Mstar
klu dh mengaku pengundi bertambah tu xkan xnak mengaku ada pengundi hantu.....
BalasPadamPengudi hantu tu cuma persepsi dan permainan Pakatan Pembangkang sahaja..
PadamDulu masa Pembangkang menang 4 negeri tak timbul pun soal pengudi hantu. Kenapa ya?
Pengundi hantu ni undia siapa sebenarnya ni? BN atau PR?
Sebenarnya pengundi hantu memang ujud sebab diorang akan undi hantu juga.diantara calon hantu yang akan diundi adalah hantu juburi...hantu lompat lompat cina siang....hantu kapal karam dan hantu raya aziz bulan.
BalasPadam