Isu Air Selangor: Khalid Ibrahim Rayu Syabas Terima Tawaran Kerajaan Negeri

air-syabas_MB1

Rayuan Menteri Besar Selangor dengan bermodalkan nama 'rakyat' agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Syabas mempertimbangkan tawaran harga yang bakal dikemukakan oleh Kerajaan Negeri dalam isu pengambilalihan aset air negeri itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) kini sedang berada dalam keadaan sangat terdesak.

Sudah hampir lima tahun Pakatan Pembangkang mentadbir negeri Selangor, selama itu jugalah Khalid Ibrahim dan rejimnya mengenetepikan kepentingan rakyat Selangor dengan menghalang usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan bekalan air yang ingin dilakukan Kerajaan Persekutuan melalui projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Cadangan atau helah penstrukturan semula tarif air Selangor yang sering digembar-gemburkan selama ini hanyalah bertujuan untuk menutup masalah keewangan yang sedang dihadapi kerana kos air percuma yang diberi kepada sebahagian rakyat Selangor kini telah menjadi beban kepada kerajaan negeri ekoran dari janji menifesto PRU12 lepas yang terpaksa ditunaikan.

Sebab itulah Khalid Ibrahim beriya-iya benar ingin mengambil alih pengurusan air di Selangor sedangkan beliau sendiri tahu bahawa urusan pengambilalihan ini amat sukar dijayakan dalam masa 14 hari seperti yang diwar-warkan.

Dikhabarkan juga, terdapat beberapa syarikat kroni Khalid Ibrahim sedang menanti untuk mendapatkan tender projek bekalan air di Selangor sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih segala eset pengurusan air dari Syabas.

Sebenarnya, Khalid Ibrahim tidak pernah pun berniat handak membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat Selangor jika dilihat dari 'kesungguhan' kerajaan negeri dalam menunaikan segala janji yang pernah ditaburnya.  Apa yang dilakukan kerajaan Pakatan Selangor selamai ini dalam usaha mereka untuk memenuhi janji menifesto pilihanrayanya, semua ini dilakukan kerana terpaksa.

Wak J | Jering Daily.com

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedia untuk mengambil alih perkhidmatan air di negeri itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang akan tamat minggu depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, surat tawaran kepada Syabas sudah siap dan akan diserahkan kepada syarikat konsesi berkenaan minggu depan.

"Kerajaan negeri menegaskan ini bukanlah pengambilalihan biasa syarikat komersil. Ini kerana perjanjian konsesi air melibatkan tiga pihak iaitu Syabas, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat.

"Urus niaga sepatutnya tidak berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat juga perlu diberi keutamaan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Bagaimanapun Abdul Khalid enggan mendedahkan nilai tawaran yang dibuat kerajaan negeri kepada Syabas.

"Justeru kita menyeru Kerajaan Pusat yang memiliki Golden Share atau saham emas dalam Syabas menggunakan kuasanya bagi memastikan Syabas menerima tawaran kerajaan negeri.

"Kita harap syarikat konsesi tidak menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran ini," katanya.

Selain itu Abdul Khalid berkata, Syabas berhak untuk membawa isu berkenaan kepada Timbangtara Antarabangsa bagi mendapatkan pamparan sewajarnya berhubung penstrukturan semua industri air di negeri ini.

Sebelum ini kerajaan negeri menghantar surat bagi memaklumkan kesediaannya untuk membayar kos pengambilalihan Syabas.

Menerusi surat yang dihantar kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, kerajaan negeri memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklumbalas.

Tempoh berkenaan akan berakhir minggu depan - Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.