Tidak Perlu Persoal Najib, Kalau Pemimpin PAS Sendiri Ada Yang Tak Berani Ke Gaza

najb-gaza

Kuantan: Tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mempersoalkan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza baru-baru ini menunjukkan parti terbabit sudah kehabisan modal.

Yang Dipertua PERKASA negeri, Datuk Dr Abdul Wahid Manap, berkata PAS mula menunjukkan belang mereka dengan mempersoalkan semua tindakan dilakukan pemimpin nombor satu negara itu bagi menarik perhatian rakyat.
“Semakin dekat tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), semakin banyak tuduhan tidak berasas akan dilemparkan oleh mereka (pembangkang). Bila sudah kekeringan idea, mereka akan persoalkan setiap tindakan dilakukan kerajaan.

“Bagi saya, apa yang Nasrudin lakukan itu tidak wajar dan biadab. Sepatutnya kita perlu bangga apabila Najib ke sana (Gaza), sebab lawatan itu atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat, bukan sebagai Presiden UMNO,” katanya di sini, semalam.

Pakatan makin goyah

Dr Abdul Wahid berkata, pembangkang perlu menyemak kembali asas pembentukan pakatan pembangkang dan tidak terus menyalahkan kerajaan setiap kali mereka berhadapan masalah.

Katanya, tindakan pemimpin pembangkang terus memperlekehkan keputusan kerajaan menunjukkan pakatan itu dibina antara mereka semakin goyah.

“Jangan selalu sangat perlekehkan tindakan kerajaan, nanti memakan diri. Masalah antara mereka sendiri pun tidak boleh diselesaikan, tidak perlulah masuk campur urusan orang lain.

“Selesaikan dulu pertikaian isu penggunaan kalimah Allah, itu lebih penting kerana membabitkan akidah umat Islam. Jangan disebabkan ingin berkuasa, semua benda boleh dikompromi,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.