PETALING JAYA: Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna tidak
meletakkan soal percintaan sebagai keutamaan kerana ingin memberikan
tumpuan kepada pembikinan album terbarunya di Amerika Syarikat (AS).
Yuna, 26, berkata, pada tahap ini kepercayaan yang telah diberikan
oleh pihak labelnya, The Verve untuk menghasilkan muzik yang terbaik
menjadi perhatiannya dan bukannya kepada soal cinta.
"Bukannya saya sudah serik selepas pengalaman lalu tetapi tumpuan
perlu diberikan kepada kerja dan pembikinan album terbaru saya kerana
ini adalah peluang terbesar untuk membina kerjaya di Amerika malah di
seluruh dunia," ujarnya kepada mStar Online.
Yuna menggulas dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta
dengan Julian Schratter seorang jurugambar yang sentiasa mengikut
penyanyi itu ketika membuat persembahan.
Malah gosip tersebut semakin kuat apabila dia sering kali dilihat
memuat naik gambar bersama lelaki Inggeris itu di laman Instagram.
Dalam pada itu, Yuna menegaskan hubungannya dengan Julian hanya
sekadar teman rapat namun tidak menolak sekiranya mempunyai jodoh dengan
Julian.
Malah kata Yuna, dia tidak pernah meletakkan bangsa sebagai satu
ukuran dalam perhubungan dan mengakui selesa berkawan dengan Julian.
"Bagi saya semua manusia itu adalah sama tanpa mengira bangsa dan
agama tambahan pula Islam itu sendiri sebuah agama yang indah dan mudah
dipelajari oleh sesiapa sahaja.
"Saya tidak mahu menghadkan pergaulan saya hanya semata-mata kita berlainan agama dan berbeza budaya," jelasnya.
Sementara itu, Yuna berkata, ibu bapanya juga bersikap terbuka dalam menentukan siapakan lelaki yang menjadi pilihannya kelak.
"Ibu bapa saya bukan seorang yang suka menilai orang lain dan perkara
itu telah diajar kepada saya. Mereka juga terbuka dengan siapa pilihan
saya nanti," katanya.
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.