Anwar Mengamuk, Najib Berjaya Menconteng Arang di Muka Pemimpin PAS

najib-pejuang

anwar-yahudi
Tidak pasal-pasal warna kulit muka Anwar Ibrahim bertukar hijau apabila melihat keadaan hampir 10 ribu orang hadir di lapangan terbang bagi menyambut kepulangan Perdana Meteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak bersama isteri serta rombonganya setelah beberapa hari berada di Gaza, Palestin.

Pemergian Dato Sri Najib ke Gaza sedikit sebanyak telah menaikan imejnya di mata rakyat apabila berjaya mencatat sejarah kerana menjadi pemimpin negara Islam kedua yang berani menjejakkan kaki di bumi Gaza yang sedang bergolak itu.

Doa hancur Najib yang dibacakan oleh ulama PAS serta harapan pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang yang berharap agar Dato Sri Najib dan Datin Sri Rosmah ditimpa musibah atau diserang oleh sekutu mereka di sana iaitu rejim Israel nampaknya tidak dimakbulkan.

Sebaliknya pula berlaku, kepulangan Dato Sri Najib disambut bagai seorang wira yang baru pulang dari medan jihad sambil diiringi perasaan terharu rakyat di atas sikap dan sifat keprihatinan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin yang sekian lamanya ditindas oleh sekutu Pakatan Pembangkang iaitu rejim zionis Israel.

Biarpun lawatan Dato Sri Najib ke Gaza atas jemputan tuan rumah dan membawa misi kemanusiaan serta suara rakyat Malaysia, tapi sedikit sebanyak telah berjaya menconteng arang ke muka pemimpin PAS yang selama ini begitu sombong dan angkuh mendakwa kononya hanya mereka sahaja yang layak membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan lebih memalukan lagi bila mana pemimpin PAS yang seronok bercerita mengenai jihad tidak kira siang dan malam ini tidak pernah pun menjejakkan kaki ke sana.

Penulis yakin, Pakatan Pembangkang tidak akan berdiam diri dan melihat sahaja peristiwa yang telah memalukan mereka ini. Menurut khabar angin yang mula tersebar di tangga-tangga masjid memeritahu, beberapa orang pemimpin utama PAS dan PKR sedang merancang akan mengadakan lawatan muhibah ke Palestin untuk bertemu pemimpin Islam di sana. Sejauh mana kebenaran khabar angin tersbut masih belum dapat dipastikan lagi. Sama-sama kita tunggu apa tindakan mereka selepas ini untuk menutup malu.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.