IPOH - Sebanyak enam juta daripada 7.3 juta permohonan Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) telah diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4.1 juta adalah penerima
BR1M tahun lepas manakala sebanyak 3.2 juta adalah permohonan baharu.
"Sebanyak enam juta permohonan telah diproses LHDN manakala sebanyak
1.3 juta permohonan masih diproses," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Kampung
Tersusun, Batu 6, Tambun, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun hanya pemohon yang mendaftar pada atau
sebelum 31 Disember lepas akan menerima bayaran pada Februari ini
manakala mereka yang mendaftar selepas tarikh berkenaan akan dibayar
pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Ahmad Husni berkata seperti tahun lepas, pembayaran akan dibuat melalui
pemberian baucar pada majlis yang akan diadakan di kawasan
masing-masing.
"Kita ada bank bergerak pada setiap majlis itu, tahun lalu kita ada
Bank Simpanan Nasional, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Bank.
Tahun ini kita tambah lagi satu bank iaitu Public Bank," katanya.
Beliau menjelaskan pemberian BR1M bukan sahaja memberi manfaat kepada
penerima bantuan itu, sebaliknya ia turut memberi kesan ekonomi yang
positif kepada penduduk setempat.
"Ia memberi kesan kepada ekonomi negara terutama di kawasan pemberian
BR1M dilaksanakan di mana mereka yang menerima BR1M akan berbelanja di
kawasan masing-masing dan dengan itu ia akan meningkatkan penggunaan
secara menyeluruh
di seluruh negara," katanya.
di seluruh negara," katanya.
Pembayaran BR1M tahun ini dijangka melibatkan peruntukan RM3 bilion.
Tahun lepas, 4.1 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.