P|S: Penulis berharap selepas Puan Azza mendapat hidayah bertudung ini jangan pula berkelakukan seperti seorang lagi anggota Elite yang mendapat hidayah serupa tapi hatinya penuh dengan perasaan buruk sangka terhadap orang lain sejak terjebak dengan dunia politik kepartian
Penulis doakan semoga Azza terus kekal dengan imej bertudung dan tidak terikut dengan rentak artis-artis wanita lain yang pada asalnya bertudung setelah hidup dilanda masalah, tudung yang dipakai terbang ntah ke mana.
Ingat! Pakai tudung tapi hati juga mesti kena mahu bersih juga tau..kalau tidak sia-sia sahaja. Selain itu kurang satu lagi dosa yang ditanggung oleh suami. Tahniah!
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia
bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki
dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.
"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia
berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita
berhijrah terus.
"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.
"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki
utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam
hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga
bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan
terhadap perubahan penampilan barunya itu.
Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia
bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun
lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik.
"Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang
tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh
keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau
Pinang pada pertengahan Disember lalu.
"Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya
seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang
turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya
termasuk daripada pelakon Sheila Rusly.
Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.
Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya.
"Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan
saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang
kepada orang ramai.
"Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja.
"Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna.
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.