Sikap Tidak Kisah Nik Aziz Dalam Isu Nasha Bakal Buat PAS Merana

nik aziz tak kisah

P|S: Siapa kata jika berlaku penceraian antara suami isteri tidak ada dugaan lain datang selepas itu. Bagi pasangan yang pernah bercerai pasti tahu bahawa dugaan dan cabaran yang berlaku selepas bercerai amat perit dan sukar untuk ditempuhi nak-nak lagi jika pasangan yang bercerai tadi mempunyai anak. Itu belum lagi diambil kira soal nafkah yang sering diabaikan oleh segelintir bekas suami.

Serupa juga dengan kes Nasharuddin Mat Isa yang dipecat keangotaannya dari Majlis Syura. Sepanjang beliau terlibat dengan PAS tak mungkin  bekas Tim. Presiden PAS ini tidak mempunyai seorang pun pengikut atau penyokongnya sendiri. Sudah tentu ada bukan. Buatnya betul-betul Nasharunddin Mat Isa keluar PAS selepas luput tempoh bia'ah talak tiga, baru ternganga mulut Nik Aziz.

Apa yang Nik Aziz dakwa kononya tak ada cabaran yang akan dihadapi PAS sekiranya Nasharuddin Mat Isa meninggalkan parti itu hanyalah untuk penyedap hati sahaja. Jika kita ingin lihat kesanya, tunggu masa pilihanraya nanti.

Pada masa itu baru PAS dan Nik Aziz tahu samada langit itu tinggi atau rendah kerana tindakkan ala 'Jahlillyah' yang diambil oleh Majlis Syura dengan memecat keluar anak didik Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dari menjadi ahli majlis..

KOTA BAHARU: PAS tidak nampak cabaran yang akan dihadapinya jika bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyokong parti politik lain.

"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita ketika melawat pusat perusahaan madu lebah kelulut Min House Camp di Kampung Pulau, Kubang Kerian di sini, Selasa.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kedudukan bekas pemimpin nombor dua PAS itu jika menyertai parti lain selepas Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok, digugurkan daripada menganggotai Dewan Syura Ulama PAS.Tindakan itu dipercayai diambil selepas Nasharuddin pulang daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

Semalam, dilaporkan Nasharuddin berkata beliau tetap akan terus memperjuangkan Islam walaupun tidak lagi menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Sementara itu, bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata tindakan terhadap Nasharuddin itu bukan perkara pelik.

Wan Ismail berkata PAS kini dilihat semakin lari daripada perjuangan asal mereka untuk menubuhkan negara Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"Dulu saya pun dibuang, tapi saya bersyukur kena pecat sebab lihat PAS sudah lari daripada perjuangan asal (untuk menubuhkan negara Islam).

"Nasihat saya kepada beliau (Nasharuddin), kalau betul-betul nak perjuangkan Islam, buat parti lain," katanya ketika dihubungi Bernama.

Wan Ismail yang juga antara pengasas PAS berkata tahaluf siasi yang diamalkan PAS dalam pakatan pembangkang telah lari daripada konsep sebenar apabila dilihat lebih banyak tunduk dengan desakan yang dibuat rakan sekutu mereka.

"Konsep tahaluf siasi berlaku masa Nabi Muhammad SAW memerintah Madinah. Masa itu orang bukan Islam ikut apa yang Nabi kata. Saya lihat Umno yang lebih betul (mengamalkan) konsep tahaluf siasi ini," katanya. -BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.