Singapura Bakal Dipenuhi Warga Asing Menjelang Tahun2030

gong-li
 
Hampir separuh daripada tujuh juta penduduk Singapura adalah warga negara asing menjelang 2030.

Kerajaan Singapura membuat pendedahan itu semalam ketika mengumumkan jangkaannya terhadap perkembangan negara berkenaan pada masa depan. 
 
Ketika membentangkan kertas putih mengenai perkembangan penduduk, kerajaan berkata kadar kelahiran di Singapura semakin merosot hingga berada di bawah paras penggantian lebih tiga dekad lalu.

Oleh sebab itu, mereka memerlukan kemasukan pendatang asing.

Kertas berkenaan disiarkan Divisyen Bakat dan Bilangan Penduduk Kebangsaan berkata, bilangan penduduk Kota Singa mungkin mencecah 6.5 hingga 6.9 juta menjelang 2030.

Penduduk asing meliputi lebih separuh penduduk kerana kadar warga Singapura dijangka menurun kepada 55 peratus daripada 62 peratus pada Jun 2012.

Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) Singapura adalah 1.20 kanak-kanak bagi setiap wanita tahun lalu.

Ini dibandingkan dengan purata 2.1 yang diperlukan untuk mengekalkan penduduk asal, keadaan berterusan lebih tiga dekad.

“Kita tidak jangka TFR akan meningkat kepada kadar penggantian sehingga 2.1 dalam masa yang singkat,” menurut kertas terbabit.

“Mengambil imigran muda akan membantu kita untuk menambahkan jurang bilangan penduduk muda Singapura dan mewujudkan keseimbangan umur dengan rakyat tempatan.

“Bagi menghalang penduduk daripada berkurangan, kita akan mengambil antara 15,000 dan 25,000 rakyat baru setiap tahun,” kata laporan kertas putih itu yang turut memaklumkan bahawa kadar imigran akan dikaji dari masa ke masa.

Imigran adalah isu politik sensitif kepada kerajaan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuka pintu lebih luas kepada rakyat asing dalam usaha untuk mengekalkan prestasi ekonomi negara itu.

Tetapi, bilangan pendatang asing dikurangkan disebabkan kesan sosial selepas rakyat luar dipersalahkan terhadap masalah termasuk kesesakan, perkhidmatan awam terjejas dan menyebabkan harga rumah melambung. AFP

Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Kafir harbi mcm DAPigs mmg tak boleh buat baik. Elok campak sekor2 kat kandang babi. Lidah bercabang!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.