KUALA LUMPUR: PAS perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS.
Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat
umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan
kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.
"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN
(Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau
kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang
berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku
'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di
sini, Selasa.
Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu
keluar daripada PAS, Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."
Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh
berkata Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan
berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13
Jan lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat. -BERNAMA
politik oh politik.....soal agama dipolitikkan...macam2 jadi yg x elok.......biar berkecuali je
BalasPadamNak buat macam mana..ada sesetengah org kata politik dan agama tak boleh dipisahkan walau dia org tahu politik ni KOTOR..layan sajalah..setiap org dikurniakan akal, so pandai2lah nilai mana satu yg baik dan yg tak betul..
Padam