P|S: Hanya pihak Pembangkang Malaysia sahaja sering mendakwa pihak Polis negara ini tidak boleh dipercayai. Mungkin yang dimaksudkan 'penjenayah' oleh Sultan Johor itu merujuk kepada Pakatan Pembangkang. Siapa makan cili, dia akan terasa pedas...
JOHOR BAHARU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas tindakan sesetengah pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia sebagai sudah tidak boleh dipercayai.
"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja
denganmemutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak
diri merekadaripada dihukum," titah baginda semasa mencemar duli
merasmikan Ibu PejabatPolis Daerah Kulaijaya, di sini Selasa.
Lebih buruk lagi titah baginda, ada penjenayah meninggalkan negara
keranatakut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian
membuat tohmahanyang memburukkan negara sendiri.
"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada
negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan
terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan," titah
baginda.
Turut berangkat isteri baginda Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris
Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris dan Tunku Temenggong Johor
Tunku Idris Iskandar.
Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Ketua
PolisNegara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Johor Datuk Mohd
Mokhtar MohdShariff dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
Titah Sultan Ibrahim, Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai
undang-undang yang digubal rapi serta semua tindakan yang diambil pihak
berkuasa mengikut peruntukan yang ditetapkan.
Baginda bertitah setiap anggota polis sudah menjalani latihan dan
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan untuk menguatkuasakan segala
undang-undang.
Sultan Ibrahim turut memuji polis Johor yang berjaya meningkatkan
tahap keselamatan di negeri itu dan sentiasa memberi pertimbangan kepada
sensitiviti masyarakat serta kepentingan ekonomi. BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.