Pengalaman bertapa peritnya kalah pada pru lepas memang tidak pernah mengajar pemimpin BN di Kedah jika terus bercakaran antara satu sama lain di saat tarikh PRU13 semakin hampir tiba.
Najib Razak selaku Pengurusi BN perlu buat sesuatu untuk menangani seitusai ini di Kedah sebelum BN tewas lagi. Mana patut dibuang, buang sahaja. Jangan disimpan lagi kerana mereka inilah menjadi punca utama kekalahan.
KULIM: Anggota parti komponen Barisan Nasional
(BN) di Kedah perlu menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah
sesama sendiri, dan menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan
jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para
anggota partikomponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat
Daerah Mengundi (PDM) tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba
antara mereka tetapi sewajarnyabekerja keras untuk kemenangan parti.
"Angin perubahan kini bertiup kencang ke arah BN yang kini yakin akan
dapat menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Parlimen
yang dimenangi pembangkang pada PRU-12 sekali gus membentuk semula
kerajaan negeri kerana sebilangan besar kerusi berkenaan asalnya adalah
hak BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang
untuk aktiviti PDM Padang Serai di sini malam tadi.
Katanya segala persengketaan dan perselisihan faham yang
remeh-temehhendaklah dilenyapkan demi menjayakan pilihan raya umum
kelak.
Sebanyak 43 PDM dalam kawasan berkenaan menerima bantuan tersebut.
Turuthadir Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leung,
Pengerusi PerhubunganMIC Negeri Kedah yang juga Penyelaras DUN Lunas S.
Ananthan dan pemimpin partikomponen BN Bahagian Padang Serai.
Lebih 300 anggota parti komponen hadir pada majlis itu. Ahmad Bashah
menyampaikan bantuan RM1,000 kepada setiap PDM untuk kegunaan aktiviti
awal kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan
Umnonegeri berkata BN Kedah sehingga kini mengeluarkan sumbangan
RM672,000 kepada672 PDM BN di seluruh negeri berkenaan.
Katanya bantuan sama akan terus diedarkan dari semasa ke semasa bergantung kepada kemajuan aktiviti yang dijalankan. BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.