Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya, kemalangan maut dilaporkan oleh media massa berlaku di negara ini.
Trend kemalangan yang berlaku setiap hari ini menunjukkan bertapa tidak kisahnya sikap pengguna jalanraya di Malaysia tentang menjaga keselamatan diri, nyawa dan harta benda.
Sudah bermacam cara dan kaedah telah diguna pihak berwajib dalam mendidik pengguna jalanraya agar mengikuti peraturan serta mematuhi undang-undang jalanraya, namun semuanya itu dibarat seperti mencurah air ke daun keladi dek kerana sikap segelintir pengguna jalanraya itu sendiri yang degil tidak mahu berubah.
Dikala pihak Kerajaan sudah jumpa jalan penyelesaian terbaik seperti mana dilaksanakan oleh negara-negara maju bagaimana untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia dengan menggunakkan sistem AES, ada sahaja pihak yang menentangnya dengan perlbagai alasan terutama sekali yang bersangkut paut dengan wang.
Tun M dalam tulisan di blognya sekali lagi menyindir golongan penentang perlaksanaan sistem AES ini baik dari mereka yang pro Kerajaan dan juga Pembangkang. Memang tepat dan benar apa yang dinyatakan oleh Tun M dalam tulisanya terhadap sistem dan sikap rakyat negara ini yang tidak ada pada rakyat negara lain.
Baca selanjutnya padangan Tun M tentang sikap rakyat Malaysia yang gemar menentang Kerajaan dalam usaha menyelamatkan nyawa dari terus menjadi mangsa kemalangan jalanraya.

1. Di negara-negara dimana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju. Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju.
2. Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa.
3. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalanraya.
4. Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya. Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.
5. Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat. Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.
6. Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.
7. Justeru itu usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6000 setahun, mesti ditentang.
8. Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami?
9. Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang.
10. Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang. Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati. Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalanraya baharulah kita akan terima AES ini?

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.