PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Ruzana Misbun
memberi keizinan kepada suaminya untuk bekerjasama dengan bekas Erra
Fazira, menerusi rakaman program bual bicara Tunggu Sekejap di TV3.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, selepas
mendapat tahu pihak produksi program yang dikendalikannya itu menjemput
Erra sebagai tetamu undangan, dia terus memberitahu perkara tersebut
kepada isterinya agar tidak berlaku salah faham.
"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan
ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang
kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.
"Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra
dalam program bual bicara Primadona (Astro)," katanya yang dihubungi mStar Online petang Jumaat.
Awie yang merupakan hos Tunggu Sekejap dan Erra telah
digandingkan bagi menjayakan rakaman rancangan itu musim kedua yang
berlangsung di studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Khamis lalu.
Penyanyi itu menemu bual Erra selama sejam dan ini merupakan kerjasama pertama mereka selepas berlakon bersama menerusi filem Cuci pada tahun 2008.
Sebelum ini, Awie dan Erra pernah bertunang pada tahun 1997 selepas
bercinta selama empat tahun, namun perhubungan itu putus pada tahun
1998.
Tambah Awie, dia sebenarnya tidak senang apabila isu gandingan mereka
diperbesarkan kerana kerjasama itu lebih bersifat profesional.
"Perlu diingat apabila bekerja di bawah satu industri yang sama, pergilah ke mana sekalipun kita pasti akan berjumpa.
"Sebenarnya saya tak suka komen tentang hal ini, kami tidak ada
masalah apa-apa pun. Cumanya... masalah akan timbul jika ada orang yang
tidak senang dengan kami," ujarnya.
Dalam pada itu, Awie berkata, dia turut merancang untuk mengambil
Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah
syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi.
Selain itu Awie juga merancang untuk menganjurkan sebuah konsert trio
yang menggandingkan dia, Erra dan Ziana Zain, bagi mengingati filem Sembilu lakonan mereka yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.
"Jika masa mengizinkan, konsert ini bakal berlangsung pada tahun ini, tetapi semuanya masih lagi dalam perancangan.
"Saya percaya konsert ini pasti memberi kenangan pada zaman filem Sembilu yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1994," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.