KUALA TERENGGANU: PAS sedia meletakkan calon dari
kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya
Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon
bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong
PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.
Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.
"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang
mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas
lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS
Kuala Ibai, di sini, Jumaat.
Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan
Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain,
bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan
Parlimen Johor Baharu.
Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.