Nik Aziz Nafi Buat Pusingan U, Keputusan Syura PAS Setaraf Majlis Fatwa Kebangsaan

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menafikan membuat 'pusingan U' dalam kenyataan berkaitan dengan isu kalimah Allah.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Menteri Besar Kelantan menyalahkan laporan akhbar arus perdana yang membawa pemberitaan salah mengenai isu berkenaan, sekali gus mengelirukan banyak pihak.
 
“Suka diingatkan bahawa tiada sebarang pusingan ‘u’, khususnya yang membabitkan Nik Aziz dalam isu kalimah Allah dan ini dapat dilihat dalam kenyataan beliau sebelum mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini.

“Majlis Syura bersetuju nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, namun tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham,” kata kenyataan itu di sini, semalam.

Kenyataan itu mengulas laporan akhbar kelmarin yang melaporkan Nik Aziz membuat pusingan U apabila merujuk kepada pendirian Nik Aziz dan Majlis Syura dalam isu berkenaan.

Nik Aziz sebelum ini didakwa menyokong penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Namun pada keputusan Majlis Syura Ahad lalu, sebaliknya menyokong keputusan majlis berkenaan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan pada Bible versi bahasa Melayu itu.

Setaraf mufti

Sementara itu selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penghulu Negeri Kelantan, di Pengkalan Chepa, di sini, semalam, Nik Aziz menegaskan bahawa keputusan Majlis Syura berkaitan dengan kalimah Allah itu setaraf dengan mufti.

“Majlis Syura dianggotai ramai orang alim membabitkan pelbagai profesion dan ilmu yang ada pada golongan ini adalah setaraf dengan ilmu yang ada pada mufti di Malaysia. Oleh yang demikian, segala keputusan dalam gerakan Islam dibantu oleh ilmu golongan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang meminta semua pihak supaya mematuhi peraturan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai penggunaan kalimah Allah sebagaimana yang sudah diputuskan sebelum ini. 

Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Kenapa Kita perlu Pertahankan Kalimah ALLAH???

    Ingatlah kawan-kawan, demi Agama,Bangsa dan Negara tercinta ni, ayuh bangkitlah untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunapakai oleh Kristian. Ye memang ada Ulama yang setuju penggunaannya oleh orang bukan islam tetapi ingatlah dalam konteks negara Malaysia banyak sangat implikasinya jika kita benarkan mereka menggunakannya. Sangupkah anda semua melihat negara ini menjadi sama seperti negara jiran kita disana??? saya pasti anda semua tidak sanggup bukan.. Jangan lihat isu ini sebagai isu politik walhal banyak lagi perkara lain yang perlu kita settlekan. Mamang Allah, Tuhan sekalian makluk di langit dan dibumi, tetapi adakah kaum-kaum kafir itu mempercayai Allah sama seperti kita umat islam? Sanggupkah mereka mengEsakan Allah S.W.T??? jika mereka tidak sanggup kenapa kita sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk mereka gunakan?? Semoga Allah mengampunkan kita..Amin Ya Rabbal-alamin.

    Disini ada satu cerita yang saya ambil dari Mawar Cinta

    Pengalaman Pelajar Kita di Indonesia


    Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

    Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

    Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

    wakakaka..

    Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

    Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

    Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

    Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

    SK - Bagi aku permintaan mereka untuk dibenarkan mengguna kalimah Allah adalah satu permainan/taktik/helah bagi menarik orang-orang Islam di Malaysia supaya menukar agama kepada Kristian. Kalo sebelum ini amat berbeza antara 2 agama ini tapi sekarang makin ada persamaan (Tuhan ko Allah tuhan aku pun Allah cuma beza Nabi Isa dengan Nabi Muhammad je, tuhan sama). Kalo yang iman kuat tu mungkin la tidak terpengaruh, tapi bagi yg da memang jahil tu? Wallahualam...

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.