Isu Kalimah Allah Tidak Akan Selesai Selagi Nik Aziz Tidak Mengaku Kejahilanya


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata beliau menganggap isu kalimah ALLAH selesai selepas Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan kalimah itu tidak lagi boleh digunakan bukan Islam.
  
Beliau berkata, semua anggota parti perlu akur dengan keputusan Majlis Syura yang dianggotai orang alim, peringkat doktor dan universiti.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan kepada 599 penghulu mukim, 131 penghulu tanpa mukim dan 59 wakil kaum di sini hari ini
  
Isu kalimah ALLAH timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.
  
Pakatan pembangkang yang disertai Pas, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.

Setelah didesak pelbagai pihak, menteri besar Kelantan itu dan beberapa pemimpin Pas yang lain kemudiannya mengubah nada dan bersetuju dengan Majlis Syura agar kalimah itu tidak digunakan oleh bukan Islam.
  
Ahad lepas, Majlis Syura memutuskan kalimah ALLAH adalah kalimah khusus yang ALLAH menamakan diri-Nya ALLAH dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.
  
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata semua pihak diingat untuk mematuhi peraturan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung penggunaan kalimah itu. - Bernama


Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.