JOHOR BAHARU: Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan Selasa lalu merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang
lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan
Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).
"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan
yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada
sidang media di kediaman baginda di sini Khamis.
Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan
persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel
Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.
Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang
telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.
"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka
ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.
Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan
Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang
disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari
lepas.
Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang tidak melakukan persediaan
bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa
perlawanan itu.
Tindakan KAFA tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)
bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di
stadium adalah amat dikesali, titah baginda.
Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong
Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.
"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap
keluarmelalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi
PolisDiraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium". -- BERNAMA
oooo gitu rupanya....tapi benarkah?harap ada yg memberi bukti yg kukuh semua ini
BalasPadamSemoga berjaya mencari bukti..nak lebih tepat tanya pada sesiapa yg menjadi anggota tentera tau bekas anggota tentera..jgn tanya tukang karut, nanti dapat jawapan yg merapu..he#
Padamtak perlulah sampai tentera dan polis sudah cukuplah..... jangan sampai orang menyampahlah
BalasPadamTak salah kalau ambil langkah berjaga-jaga. Lagi Sultan Johor skrg ni merupakan Kolonel Komandan GGK..
PadamKo ada ✌
BalasPadamI support TMJ
BalasPadam