Langgar Dasar Dalaman Bank, Ketua Ekonomi Bank Islam Digantung Tugas


KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd pada Rabu menegaskan yang Ketua Ekonominya, Azrul Azwar Ahmad Tajudin telah digantung tugasnya kerana ia mempunyai "asas-asas yang wajar" untuk mempercayai yang beliau telah melanggar dasar dalaman bank.

Perkara berhubung dengan pelanggaran dasar itu akan diketahui sebaik sahaja siasatan selesai, kata Bank Islam.

Sementara bank itu terus mengulangi yang pandangan politik dan komen Azrul tidak seharusnya dikaitkan dengan bank berkenaan, ia terus ingin menegaskan yang penggantungan Azrul tidak ada kaitan dengan tindakannya menyuarakan pandangan politik peribadi beliau.

Azrul yang telah bertindak sebagai penganalisis di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dilaporkan telah berkata dalam sebuah forum awam di sini semalam yang "terdapat kemungkinan tinggi" Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Bagus tindakan yang begitu. Bank harus bebas dengan aliran politik. Tindakan wajar diambil kalau kod etika yang diberi tidak diikuti.

    BalasPadam
  2. Rugi seorang x apa kot, kita dpt selamatkan 27 juta rakyat Malaysia ....

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.