Selepas Mat Sabu, Giliran Khalid Samad Pula Bakal Buat 'U Turn'


P|S: Pasti ramai yang tidak sabar menanti giliran Khalid Samad pula membuat pusingan U setelah beberapa orang pemimpin utama PAS yang sebelum ini begitu lantang memperjuangkan hak penggunaan kalimah Allah untuk penganut Kristian dalam Bible versi bahasa Melayu menjilat 'kahak' hijaunya kembali.

Adakah Khalid Samad akan terus dengan pendirianya membela penganut Kristian dalam isu kalimah Allah, atau mengikut jejak langkah Mat Sabu membuat pusingan U atau melawan segala ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura baru-baru ini.

KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam akhirnya mengubah pendiriannya dengan bersetuju keputusan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah itu adalah khusus untuk agama Islam.

Mohamad berkata, beliau senada dengan keputusan Majlis Ulama Pas iaitu kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

Katanya, walaupun dalam Majlis Ulama Pas ada menyebut orang bukan Islam bebas mengunakan nama Allah tetapi terjemahan harus berhati-hati sebab Allah adalah tersendiri.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura. Soal pengunaan Allah dalam Bible selepas ini terserah kepada kerajaan sebab mereka yang memerintah, kita hanya mampu memberi pandangan," katanya.

Namun ketika ditanya kenapa sebelum ini beliau menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, beliau berkata, itu hanya pandangan peribadi beliau.

Beliau yang cuba mengalihkan perhatian dengan bertanya wartawan mengenai isu lain berkata demikian semasa ditemui selepas merasmikan Markas Pilihan Raya Muslimat Pas Parlimen Kota Bharu di sini malam tadi.

Mohamad sebelum ini bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh majlis pimpinan pakatan pembangkang yang disertai Pas, DAP dan PKR yang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Ketetapan pakatan pembangkang itu bagaimanapun ditolak pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris dan mufti-mufti negeri.

Semalam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga membuat 'pusingan U' dalam isu kalimah Allah selepas Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya membuat keputusan tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah suci itu.

Sementara itu, Pas dilihat terus mengambil kesempatan pada setiap majlis atau ceramah yang diadakan mereka dengan menjual buku Amanat Haji Hadi.

Pada majlis semalam, petugas Pas dikerah menjual buku berkenaan kepada orang ramai yang datang dengan harga RM5.

Sumber: Utusan
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.