Kebodohan Mat Sabu Punca Himpunan Kebangkitan Shamsidar Gagal


Oleh kerana tiada rusuhan, tiada penangkapan seperti dalam siri demostrasi BERSiH lalu, Himpunan Kebangkitan Shamsidar bagai hilang serinya jika diambil kira dari jumlah peserta demonstrasi yang hadir.

Sejak dari malam sebelum hari perhimpunan sebenar berlansung lagi penulis sudah menjangka bahawa himpunan yang dianjurkan kali ini kurang mendapat sambutan setelah tinjauan dibuat dibebrapa lokasi panas yang sering dijadikan tumpuan.

Selain itu, mungkin faktor Mat Sabu yang menjadi penganjur perhimpunan tersebut menjadi salah satu punca mengapa ia tidak mendapat sambutan ramai berbanding demonstrasi BERSiH yang dikelolakan oleh Ambiga.

Faktor lain yang boleh diambil kira juga ialah disebabkan keceluparan mulut Mat Sabu. Tanpa membuat sebarang kajian atau kira-kira, terus mensasarkan  jumlah penyokong yang akan hadir seramai satu juta orang. Adalah tidak masuk akal bagi manusia yang waras befikir memilih stadium yang hanya boleh memuatkan sekitar 30 hingga 40 ribu orang sahaja dalam satu masa dijadikan tempat berhimpun untuk satu juta orang.

Ternyata pemilihan Stadium Merdeka sebagai lokasi untuk berhimpun merupakan satu pilihan yang silap. Sepatutnya pihak penganjur perlu memilih stadium yang lebih besar bagi menampung jumlah manusia yang ramai seperti Stadium Nasional Bukit Jalil selain dilengkapi bumbung untuk berlindung dari hujan dan panas matahari.


Pakatan Pembangkang memilih Stadium Merdeka  kononya ingin menjadikan tanggal 12.1.13 sebagai tarikh keramat lagi bersejarah sebagai simbolik kejatuhan kerajaan BN, namun akhirnya ia menjadi bahan jenaka ramai apabila penganjuran demo kali ini tidak mendapat sambutan malah lebih teruk dan memalukan jika dibandingkan rekod-rekod demonstrasi sebelum ini.

Sesuai sangat dengan kerektor Mat Sabu yang suka membuat lawak bodoh, akhirnya perhimpunan yang dia sendiri anjurkan juga kelihatan bodoh sepertinya. Paling kasihan ialah pak cik dan makcik tua yang sudah berumur di arah berjalan kaki menuju ke stadium di bawah terik matahari. Apa boleh buat kalau diri sendiri yang memilih jalan menjadi bodoh seperti Mat Sabu!

Sent by Maxis from my BlackBerry® Torch 9810
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.