Jika dibilang dari jumlah penyokong PR yang memenuhi segenap ruang stadium dan juga yang berada di luar petang tadi boleh dikatakan mereka sudah menang PRU13.
Barisan Nasional (BN) septutnya sudah mulai rasa gerun apabila melihat semangat kebangkitan para penyokong pembangkang yang ditunjukkan di dalam Himpunan Kebangkitan Shamsidar tersebut.
Melalui ucapan berapi-api pemimpin PR ditambah pula rasa kebencian meluap-luap terhadap Umno dan BN menjadikan Pakatan Pembangkang kini sebagai sebuah pertubuhan parti gabungan yang sangat digeruni sekaligus mampu mengahalang kemenangan BN pada PRU13 akan datang.
Namun itu cuma khayalan mereka sahaja. Jika Pembangkang yakin mereka sudah kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia mengapa perlu diadakan perhimpunan seperti ini. Tidak cukupkah siri perhimpunan BERSIH yang diadakan sebelum ini?
Apa yang nyata, perhimpunan kebangkitan Shamsidar yang diadakan kali ini membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang semakin merosot. Dari sejuta kehadiran yang disasarkan, mereka hanya mampu mengumpul sekitar 45 ribu orang sahaja. Jauh berbeza dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan tidak lama dulu.
Kaum cina dan india juga nampaknya sudah serik untuk menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang kali ini. Kehadiran kaum-kaum ini juga boleh dikira dengan jari sahaja. Mungkin pengalaman lepas setelah terlibat dengan aktiviti perhimpunan Pembangkang, menyedut gas pemedih mata menjadikan mereka fobia dengan sebarang perhimpunan.
Selain dari gagal mencapai sasaran iaitu sejuta orang, tidak ada perkara baru disampaikan oleh pemimpin Pembangkang melainkan ulangan skrip lama berserta janji kosong yang biasa kita dengari.
Apa yang paling menyedihkan pada penulis di sepanjang perhimpunan kebangkitan Shamsidar berlangsung di mana ucapan akhir bakal Perdana Menteri Pakatan tidak mendapat sambutan. Penulis yang berada di pintu belakang stadium Merdeka melihat sahaja penyokong PR terutama sekali dari PAS berduyun-duyun keluar meninggalkan majlis ketika Anwar sedang berucap. Mungkin mereka sudah bosan dengan temberang Anwar yang dari dulu sama sahaja.
Kesimpulanya, jika seramai ini jumlah penyokong yang hadir se telah banyak demonstrasi diadakan sepanjang empat tahu kebelakangan ini, sekiranya Pakatan Pembangkang gagal menawan Putrajaya, penulis ingin sarankan agar seluruh penyokong PR yang terlibat agar 'bunuh diri' sahaja!
Sent by Maxis from my BlackBerry®Torch 9810
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.