Isu Kalimah Allah: Majlis Syura Pas Di Ibarat Seperti Pelacur Bertudung Labuh

Gambar sekadar hiasan
Boleh guna tetapi dilarang terjemah dalam bentuk lain. Nampak macam ada yang tak kena, tapi  itulah keputusan muktamad yang berjaya dicapai oleh Majlis Syura Pas setelah bermesyuarat malam tadi.

Walau diletakan syarat oleh Majlis Syura Pas kepada pihak gereja Kristian dalam isu pengunaan kalimah Allah ini namun masih tiada jaminan bahawa kalimah suci itu tidak akan diterjemah dalam bentuk lain seperti yang dituntut oleh pihak gereja sebelum ini. Mahukah Pas bertanggujawab sekiranya penggunaan kalimah Allah disalahgunakan kelak?

Apa jua keputusan yang dicapai oleh Majlis Syura Pas, keputusan muktamd sebenar terhadap isu kalimah Allah ini terletak di tangan Kerajaan. Sama ada boleh guna atau tidak biar Majlis Fatwa Kebangsaan yang menentukannya. Sebagai rakyat biasa yang berugama Islam cuma boleh berdoa dan berharap agar pihak kerajaan tidak memandang ringan serta tidak melayan mana-mana tuntutan terhadap perkara yang menyentuh pegangan akidah umat Islam ini.

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

Baca seterusnya di Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.