SUNGAI PETANI: Anggota 10 badan bukan kerajaan
(NGO) daerah Kuala Muda pada Jumaat mengadakan demontrasi aman bagi
mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka
berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas
solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili
Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan
Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.
Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata mereka memberi tempoh 48
jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara
terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada
masyarakat Islam.
"Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini
sebagaimana kita menghormati bangsa lain," katanya kepada pemberita.
Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta
pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan
pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.
"Kita tidak mahu nama Allah digunakan di dalam Bible," katanya. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.