PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir berhasrat untuk bergelar seorang penyanyi bagi melebarkan sayapnya dalam bidang seni hiburan tempatan.
Anzalna, 24, berkata, dia ada menerima tawaran untuk bergelar
penyanyi daripada beberapa syarikat rakaman namun merasakan masanya
belum sesuai untuk berbuat demikian.
"Saya memang boleh menyanyi namun rasanya belum sampai masanya untuk
pergi ke arah itu kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang lakonan.
"Bagaimanapun saya mahu bergelar penyanyi suatu hari nanti apabila masanya sesuai," katanya kepada mStar Online.
Tambah Anzalna, selain menyanyi, dia juga mencuba bidang pengacaraan
yang disifatkan sebagai mencabar dan dapat membina keyakinan diri.
Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia sedang dalam perancangan untuk
mengambil lesen memandu bagi memudahkan dia menguruskan sendiri karier
seninya tanpa perlu meminta bantuan sesiapa jika perlu ke lokasi
penggambaran.
Anzalna berkata, selama ini dia terlalu banyak bergantung kepada kekasihnya iaitu Hanif Zaki, 24, jika mempunyai urusan kerja.
"Walaupun dia tidak pernah merungut kerana perlu menghantar saya ke
lokasi penggambaran atau sesi fotografi tetapi saya sedar yang saya
tidak boleh terlalu bergantung harap kepadanya.
"Sebab itu saya merancang untuk mengambil lesen memandu secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, Anzalna berkata dia kini sedang sibuk dengan beberapa
projek lakonan dan gembira apabila filem pertamanya iaitu Sepah The
Movie mendapat sambutan dan pujian daripada penonton.
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.