KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan meminta semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) menjalankan tugas menyiasat masalah pendatang tanpa izin di
Sabah sebelum membuat penilaian.
Ia, katanya, bagi memastikan prosiding berjalan lancar mengikut terma yang ditetapkan kerajaan.
Ia, katanya, bagi memastikan prosiding berjalan lancar mengikut terma yang ditetapkan kerajaan.
"Menurut amalan biasa, maklumat data haruslah dari saksi-saksi, selepas
itu baru kita lihat apakah yang semua sudah dikeluarkan, baru kita akan
buat penilaian yang lebih bijak daripada sekarang," katanya di sini,
hari ini.
Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah, mengulas mengenai RCI yang mengakhiri pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu.
Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 11 Ogos lalu bertujuan menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Prosiding seterusnya akan diadakan dari 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 hingga 27 Februari ini.
Pendengaran diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong selain ahli panel iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa serta bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herman J Luping. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.