Selagi PAS Berkawan Dengan 'Syaitan', Selagi Itulah Impianya Tak Akan Tercapai

Perselisihan antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan DAP mengenai isu negara Islam dilihat tidak berkesudahan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh diminta menghormati dasar dan perjuangan PAS.

PAS turut menegaskan bahawa parti itu tetap akan meneruskan perjuangan memartabatkan Islam. Karpal Singh diminta supaya menutup mulut agar tidak lagi mengeluarkan sebarang pandangan atau kritikan terhadap dasar parti yang dijunjung oleh PAS.

Sebelum ini Karpal menafikan dakwaan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat bahawa beliau pernah membuat kenyataan bersedia untuk mempertimbangkan dasar PAS mahukan sebuah negara Islam sekali gus bertegas tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.

Selagi PAS terus bersama DAP dalam Pakatan Pembangkang, cita-citanya untuk membangunkan sebuah negara Islam di Malaysia akan kekal menjadi angan-angan.

Apa yang jelas sekali, dalam Buku Jingga yang menjadi sumber 'wahyu' kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang telah menegaskan dan memberi kata muktamad bahawa agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak akan dilaksana sekiranya Pakatan berjaya mengambil alih Putrajaya.

Sudah terang lagikan bersuluh, apa yang menghairankan kenapa PAS tetap setia bersama DAP dalam Pakatan Pembangkang sedangkan mereka tahu bahawa Karpal Singh tidak akan sesekali merestui agenda negara Islam yang dibawa oleh PAS selagi hayatnya dikandung badan.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.