Pembaca Berita TV1 Jawab Fitnah Pembangkang Yang Mengaitkan Dirinya Dengan Rosmah Mansur


Fitnah dan Pakatan Pembangkang seperti sudah menjadi darah danging yang tidak boleh dipisahkan lagi. Bukan sekali tetapi sudah banyak kali DS Rosmah Mansur ditohmah dan fitnah pembangkang. Kalau dicatat dalam rekod, DS Rosmah Mansur adalah di antara isteri perdana menteri yang paling kerap difitnah Pembangkang dalam sejarah Malaysia.

Kalau dihitung segala dosa yang ditanggung oleh si penyebar fitnah tersebut, sudah tentu ia setinggi gunung dan sentiasa bertambah dosanya selagi tidak memohon maaf kepada tuan empunya diri yang diftnah.

Penulis ingatkan sempena hari baik dan bulan mulia ini, amalan dan perbuatan terkutuk tersebut dapat dikurangkan atau tiada langsung, tapi sebaliknya pula berlaku. Fitnah dan tohmahan bermaharajalela dilempar sana sini disaat syaitan sedang dibelenggu.

Tidak cukup dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, kini DS Rosmah Mansur dikaitkan pula dengan salah seorang pembaca berita RTM yang didakwa Pembangkang pernah menjadi suami kepada DS Rosmah Mansur.

Yang hak pasti akan beridiri, yang bathil pasti akan jatuh tersungkur. Akhirnya segala fitnah dan tohmahan yang dilempar Pakatan Pembangkang terjawab apabila pembaca berita TV1, Farid Ismeth Emir tampil memberi penjelasan  bagi menjawab segala fitnah Pembangkang. Ikuti sesi tembualnya dalam klip video YouTube di bawah ini.

Penulis simpati dengan nasib yang diterima DS Rosmah Mansur yang acap kali dijadikan modal difitnah Pembangkang semata-mata ingin melihat suaminya Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Barisan Nasional tumbang pada PRU13 akan datang.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.