Kubur Yang Cantik Dan Indah Tidak Menjamin Penghuninya Kekal Aman Di 'Dalam'

Tahukah anda antara tempat yang paling cantik dan besar di Hamburg, Jerman adalah tanah perkuburan Ohlsdrof.

Dengan jumlah keluasan  400 hektar iaitu 3.5 kilometer panjang dan 1.5 kilometer lebar, tanah perkuburan ini dikatakan yang terbesar di dunia dan mengambil masa sejam untuk merentasinya.

Terletak di tengah-tengah bandar Hamburg dan mempunyai 982,117 liang kubur. Hampir sebanyak 460,000 keluasan tanah telah digunakan sejak dibuka pada tahun 1877.

Ilham untuk membina tanah perkuburan ini telah dicetuskan oleh Johnn Wilhelm Cordes, Lembaga Pengarah pertama Hamburg.

Ia dibina bertujuan untuk mengurangkan kesedihan pengunjung yang datang melawat orang kesayangan yang telah meninggal dan dikebumikan di situ.

Sesiapa sahaja pasti akan terpegun bila mengunjungi ke tanah perkuburan ini, bukan sahaja kerana himpunan kubur yang berukiran patung-patung menarik, malah suasana kehijauan seperti sebuah taman yang cukup mendamaikan.

Yang tidak dapat penulis pastikan, bagaimana rupa dan nasib penghuni setiap kubur yang berada di situ. Tidak berguna jika kubur sahaja indah di luarnya, tetapi di dalam penuh sengsara!



Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.