Kaji selidik yang telah dijalankan baru-baru ini menunjukkan rangkaian sosial, Facebook ternyata menjadi salah satu faktor bagi seseorang itu untuk berdiet.
Ini kerana ramai yang bersemangat dan tekad untuk berdiet semata-mata untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik untuk dimuat naik dan dikongsi bersama rakan-rakan pengguna lain.
Kajian itu telah dijalankan oleh Fitbit, San Francisco, merupakan sebuah syarikat yang prihatin terhadap pembangunan kesedaran kesihatan.
Menurut kaji selidik itu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengguna Facebook yang menggunakan medium itu untuk menyiarkan gambar-gambar mereka. Justeru, ia membuatkan seseorang untuk nampak tampan mahupun cantik di dalam gambar yang dimuat naik.
Selain itu, ada juga di antara mereka yang berasa kurang selesa apabila gambar percutian yang mempunyai bentuk badan yang tidak ideal telah dimuat naik untuk tontonan umum. Lantas, ada di antara mereka yang tekad serta bermotivasi untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal sebelum percutian seterusnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.