KUALA LUMPUR: Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air,
Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, mula menunjukkan
perkembangan positif apabila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat
untuk berdamai.
Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia
(Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit
untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila
masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.
Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, ketika
dihubungi Metro Ahad berkata, dia tiada masalah untuk mengakhiri
persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.
Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan
bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu
yang diberikannya berakhir Selasa lalu.
Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis
menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai
dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.