Tanpa Mengira Agama Penyokong Anwar Bersolidariti Di Luar Penjara Sungai Buloh

vigil-anwar-liwat-1

Sekumpulan penyokong tanpa mengira latar belakang agama mengadakan himpunan solidariti di luar Penjara Sungai Buloh pada malam Rabu bagi menunjukkan bantahan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan kesalahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu beliau.

Hampir 150 penyokong berhimpun dengan memegang lilin yang dinyalakan di Jalan Harapan, di luar kompleks penjara.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, Pakatan Rakyat akan meneruskan tanda bantahan dengan mengadakan himpunan nyalaan lilin pada setiap malam bagi menuntut pembebasan Anwar.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi, dan mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

vigil-anwar-liwat-2

vigil-anwar-liwat-1
Share on Google Plus

About Unknown

5 comments:

  1. Meniaga lilin kat Sungai Buloh pun boleh buat duit ni sementara ada orang nak beli... keh keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik aku dok penang kalau tak aku buka gerai lilin kat situ.

      Padam
  2. CUBA TANYA USTAZ 3 PAGI..
    INI AJARAN ISLAM ATAU LIBERALISMA ATAU PLURALISMA KAH ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih.. kalau islam tentu berdoa.. ni maen lilin... memesongkan akidah mengharap pada api.. walau suka suka tapi hati mereka berpaling dari Allah swt

      Padam
  3. Bakar colok lagi bagus, halau nyamok!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.