Jabatan Penjara Malaysia Benarkan Banduan Guna Telefon Bimbit?

anwar-banduan-telefon

Belum pun sehari Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara mengeluarkan kenyataan yang menafikan Anwar Ibrahim diberikan layanan istimewa di Penjara Sungai Buloh, malah turut menegaskan bahawa Anwar Ibrahim sama seperti banduan-banduan lain yang tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit, gambar di Mahkamah Tinggi Putrajaya hari ini, lain pula ceritanya.

Berbeza dengan banduan-banduan lain yang dikenakan pelbagai sekatan mengikut undang-undang penjara, Anwar Ibrahim, banduan jenayah, tidak pula tertakluk kepada undang-undang berkenaan. Tidak sahaja tangannya tidak bergari, kecuali 'ditemani' oleh dua orang pegawai penjara, sekeping gambar yang sempat dirakamkan juga menunjukkan di tangan Anwar Ibrahim terdapat sebuah telefon bimbit.

Pun begitu, gambar berkenaan turut boleh dipertikaikan kerana beberapa individu yang kelihatan dalam gambar berkenaan, tidak kelihatan di Mahkamah Tinggi hari ini. Malah gambar berkenaan mempunyai persamaan dengan sekeping gambar membabitkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan tidak lama dahulu.

Mungkin faktor telefon bimbit itu boleh dipertikaikan, tetapi keadaan susuk tubuh, gaya berpakaian Anwar Ibrahim masih lagi perlu dijawab oleh Jabatan Penjara.

Di sebalik tekanan para peguam dan kaum keluarga Anwar Ibrahim agar banduan jenayah itu diberikan keistmewaan berbanding banduan-banduan lain, termasuklah mempunyai bilik sendiri, katil dengan tilam Vonno yang kononnya sesuai untuk tulang belakangnya, kerusi meja, bahkan mungkin juga komputer, televisyen dan perkhidmatan televisyen kabel berbayar, penafian yang dibuat oleh Jabatan Penjara tentang keistimewaan Anwar Ibrahim, tidak cukup meyakinkan.

Banduan jenayah liwat yang lain, walaupun dihadapkan semula ke mahkamah tidak menikmati keistimewaan seperti Anwar Ibrahim. Banduan jenayah liwat lain tidak dibenarkan berjumpa, dipeluk atau berbual dengan ahli keluarga. Tangan mereka bergari dan digiring oleh pegawai-pegawai penjara. Rambut mereka juga tidak berkilat dan dipotong pendek.

Anwar Ibrahim sekarang adalah banduan penjara, bukan lagi tahanan lokap polis. Dia tertakluk sepenuhnya kepada peraturan-peraturan penjara. Mengapa dia perlu dilainkan berbanding banduan-banduan lain? Mengapa perlu dia diberikan keistimewaan sebegitu rupa walaupun sekadar bertemu kaum keluarganya di mahkamah sedangkan banduan-banduan lain tidak mempunyai kebenaran berbuat begitu?

Apakah kerana namanya ANWAR BIN IBRAHIM, maka dia perlu diberikan keistimewaan dan kelainan?

Namun kemunculannya di Mahkamah Tinggi hari ini, membuatkan integriti Jabatan Penjara terutama sekali Penjara Sungai Buloh amat-amat diragui. Maka tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim memilih Penjara Sungai Buloh untuk tempat bermastautinnya selama lima tahun berbanding penjara-penjara lain.

Sumber: Buletin Sengal
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Dicadangkan supaya Jabatan Penjara mengunapakai SOP yg baru untuk semua banduan dipenjara seluruh negara mengikut standard pawaian yang digunakan sebagaimana yg diberikan kepada DSAI.
    Apa komen anda.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.