Kerajaan BN Komited Bina Sejuta Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat

najib-rumah-mampu-milik

Kerajaan sentiasa komited bagi mencapai sasaran satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun bermula tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek rumah terbengkalai yang menerima suntikan kerajaan turut dimasukkan dalam jumlah berkenaan.

“Kerajaan tidak patut dipersalahkan sekiranya rakyat mengalami masalah rumah terbengkalai kerana ia merupakan urusan antara pembeli dengan syarikat swasta,” katanya ketika Majlis Penyerahan Kunci Projek Pembangunan Semula Bandar Salak Selatan, hari ini.

Namun katanya, kesanggupan kerajaan menyiapkan projek perumahan terbengkalai merupakan tugas memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Di bawah Dasar Program Rumah Terbengkalai, sebanyak 74 peratus projek yang berstatus terbengkalai dapat diselesaikan dan 10.7 peratus atau 23 projek dalam proses pemulihan manakala 33 projek atau 15.3 peratus dalam perancangan awal,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan kerajaan mewujudkan institusi pembinaan yang diuruskan dengan baik mampu mengatasi masalah projek terbengkalai.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Kalau PM tidak mahu menjelaskan accounting 1MDBnya yang dana bertaraf megah, dia hanya berwayang kulit dengan projek2 kemasyarakatan ini. Nanti kita rakyat dibebankan giler oleh perhutangan tsunami 1MDB itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Relesk ar bro..jgn dok kalut sangat hutang 1MDB tu..hutang sendiri tu sepatutnya lebih dirisaukan...

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.