Saiful Tetap Istqamah Walau Anwar Cuba Beri Tekanan Pada Mahkamah

saiful-liwat
Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan berhubung aduan kes liwat terhadapnya tidak dipengaruhi oleh tekanan pihak luar.

Bagaimanapun bekas pembantu peribadi ketua pembangkang itu berkata, beliau yakin mahkamah tertinggi itu akan membuat keputusan dengan adil berdasarkan bukti yang dikemukakan.

"Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

"Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (keputusan) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang tidak benar," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya, www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful.
Fazura tayang lurah. Klik foto

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut Mohd Saiful berkata, beliau sudah bersedia menghadapi sebarang keputusan berhubung kesnya itu.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara untuk siapkan diri berhadapan dengan senario paling teruk.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.